1) Minda terkongkong
Apabila
seseorang itu telah terjebat dan mengikuti ajaran khurafat akan menyebabkan
minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang
tidak rasional kerana sifat taksub mereka terhadap sesuatu perkara.
2) Lupa tanggungjawab terhadap
keluarga
Mengikuti
ajaran khurafat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya
terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub yang melampau dalam beragama.
Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang diamanahkan oleh Allah
SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan itu sendiri.
3) Perpaduan tergugat
Perpaduan
di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran khurafat ini. Hal ini
boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri.
Bagi menjamin diri dan keluarga untuk tidak terbabit dengan ajaran khurafat,
umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang
berilmu tidak akan terjebak dengan amalan khurafat.
Masyarakat masa kini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif amalan syirik ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur khurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan mudah terpengaruh , Perasaan takut mereka itu dibimbangi kerana mereka lebih takut kepada hantu-hantu daripada Allah s.w.t.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya , syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.
No comments:
Post a Comment