1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan
untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu
peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
Sesungguhnya
Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar
beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang
tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana
segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya
diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam
itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk
menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat
menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada
asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik
atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para
ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber
dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak
mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an
mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami
maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan
jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad
SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta
keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan
tilikan dukun samada terhadap perkara yang
telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian
daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah
mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan
yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok
Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika
mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai
di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga
dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada
kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada
tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka
sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan
alasan boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Mengantung isim yang dipahat di logam
tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu
yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada
Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam
amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin
dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza
sama sekali dengan manusia.
11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu
pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan
tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu
ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam
kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok
tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya
menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan
yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam
Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk
menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh
keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya
amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama
Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang
kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk
dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya
Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang
tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak
makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang
disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman
para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui
sihir, santau dan pukau.
Tujuan
mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan
seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak
milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat
layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka
dan badan atau lainnya.
Merubah
sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram.
Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk
menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian
raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir,
kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal,
tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk
memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan
sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut
ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur
kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah,
meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda
memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai
sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu
koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari
dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat
kepadanya.
20. Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih
lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman
seperti :-
- Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
- Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
- Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
- Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
21. Menzalimi binatang seperti amalan
memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan
menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat
diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati
Allah SWT.
22. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang
mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai
seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh
mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
23. Kepercayaan kepada kejadian alam
sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai
sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau
kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau
biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
24. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang
ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan
tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya
membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan
perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan
ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang
mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam
kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di
antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah
(isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada
Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak
akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
25. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai
wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah
ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan
sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang
menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad
umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan
penyakit.
26. Pengubatan yang bercanggah dengan
Islam.
Berubat
dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam
jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di
dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan
menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
27. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat
dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air
longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu
dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang
manusia.
28. Upacara memanggil roh.
Mengadakan
upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk
kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani
dan sebagainya.
29. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat
dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat
dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah
papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya
sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku
di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang
dan gambar.
30. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat
dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian
dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya
ataupun jampi serapah agamanya.
31. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa
diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang
makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
32. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti
mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit
suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
No comments:
Post a Comment